Tuesday, August 7, 2007

Lencana Sekolah


Dicipta oleh Encik Zainuddin bin Abbas, Cogankata oleh Encik Adam Suhaimi bin Rashid Ali. Kedua-duanya guru yang bertugas di sekolah ini pada tahun 1967.
Mempunyai dua bentuk iaitu bentuk lama diperbuat daripada zink yang digunakan sejak tahun 1967 hingga tahun 1982. Lencana lama yang disertakan ialah khas untuk 'Pengawas' sekolah yang berlatarkan warna merah. Bagi lencana murid biasa bahagian yang bertulis 'Pengawas' ditulis dengan cogankata sekolah iaitu 'Belajar Usaha Jaya' dan berlatar belakangkan warna putih.

Bentuk baru yang diperbuat daripada plastik digunakan sejak 1983 yang mempunyai lambang lencana dan tanda nama. Lencana tanda nama ini dibuat dalam 4 warna (merah,biru,kuning dan hijau) yang melambangkan warna rumah sukan.

Bermula dari tahun 1991, lencana sekolah ditukar ke bentuk baru iaitu fabrik.

WARNA LATAR BELAKANG LENCANA


PUTIH
Melambangkan Kedaulatan Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan.

HIJAU
Melambangkan Islam sebagai Agama Rasmi. Lambang keislaman ini dipilih bukan sahaja sebagai agama rasmi negara.

KUNING
Melambangkan kebesaran Raja-Raja Melayu. Nama Tun Perak diambil sempena nama seorang pahlawan atau Bendahara terkenal dalam Kerajaan Melayu Melaka. Dari sudut sejarah, negeri Perak mempunyai kaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka. Malah salasilah Kesultanan Perak adalah berasal daripada Kerajaan Melayu Melaka.

KERIS
Melambangkan perjuangan untuk mencapai kejayaan.

IKATAN BULATAN
Melambangkan kesukanan.

BUKU
Melambangkan menuntut ilmu.

LAMPU LILIN
Melambangkan cahaya untuk menyinari kejayaan.

BUNGA PADI
Melambangkan masyarakat setempat kebanyakannya terdiri daripada petani dan peladang.



No comments: