Tuesday, August 7, 2007

Lencana Sekolah


Dicipta oleh Encik Zainuddin bin Abbas, Cogankata oleh Encik Adam Suhaimi bin Rashid Ali. Kedua-duanya guru yang bertugas di sekolah ini pada tahun 1967.
Mempunyai dua bentuk iaitu bentuk lama diperbuat daripada zink yang digunakan sejak tahun 1967 hingga tahun 1982. Lencana lama yang disertakan ialah khas untuk 'Pengawas' sekolah yang berlatarkan warna merah. Bagi lencana murid biasa bahagian yang bertulis 'Pengawas' ditulis dengan cogankata sekolah iaitu 'Belajar Usaha Jaya' dan berlatar belakangkan warna putih.

Bentuk baru yang diperbuat daripada plastik digunakan sejak 1983 yang mempunyai lambang lencana dan tanda nama. Lencana tanda nama ini dibuat dalam 4 warna (merah,biru,kuning dan hijau) yang melambangkan warna rumah sukan.

Bermula dari tahun 1991, lencana sekolah ditukar ke bentuk baru iaitu fabrik.

WARNA LATAR BELAKANG LENCANA


PUTIH
Melambangkan Kedaulatan Kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan.

HIJAU
Melambangkan Islam sebagai Agama Rasmi. Lambang keislaman ini dipilih bukan sahaja sebagai agama rasmi negara.

KUNING
Melambangkan kebesaran Raja-Raja Melayu. Nama Tun Perak diambil sempena nama seorang pahlawan atau Bendahara terkenal dalam Kerajaan Melayu Melaka. Dari sudut sejarah, negeri Perak mempunyai kaitan dengan Kesultanan Melayu Melaka. Malah salasilah Kesultanan Perak adalah berasal daripada Kerajaan Melayu Melaka.

KERIS
Melambangkan perjuangan untuk mencapai kejayaan.

IKATAN BULATAN
Melambangkan kesukanan.

BUKU
Melambangkan menuntut ilmu.

LAMPU LILIN
Melambangkan cahaya untuk menyinari kejayaan.

BUNGA PADI
Melambangkan masyarakat setempat kebanyakannya terdiri daripada petani dan peladang.



Monday, August 6, 2007

Bendera Sekolah


Bendera Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak hanya mempunyai dua warna. Kedua-dua warna tersebut ialah hijau dan kuning. Bendera ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas berwarna hijau manakala bahagian bawah berwarna kuning.

Warna hijau melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia. Warna kuning pula melambangkan kedaulatan Paduka Seri Sultan-sultan di dalam negeri Perak darul Ridzuan.

Ukuran bendera Sekolah Menengah Kebangsaan Tun perak ialah 158.75cm x 75 cm.

Kenali Pengetua Anda


NAMA : NORLIAH BT MOHD LAZIM
TARIKH LAHIR : 18 MAC 1954
BILANGAN ANAK : 4 ORANG
KELULUSAN AKADEMIK : IJAZAH SARJANA MUDA GEOGRAFI DARI
UNIVERSITI MALAYA
KELULUSAN IKHTISAS : DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN GEOGRAFI DARI UNIVERSITI MALAYA

PENDIDIKAN AWAL
  • Sekolah Kebangsaan Padang Asam (Darjah 1-6)
  • Sekolah Menengah Tun Perak (Tingkatan 1-3) (Aliran Inggeris)
  • SMK Raja Perempuan Kelsom (Tingkatan 4-5)
  • Sekolah Menengah Clifford, K.Kangsar (Kumpulan Pertama Tingkatan 6)
  • Universiti Malaya B.A(HONS)-Geografi
  • Universiti Malaya (Diploma Pendidikan)
PENGALAMAN BERTUGAS
  • SMA Izzuddin Shah, Ipoh, Sebagai Guru Penolong
  • SMK Ahmad Boestamam, Sitiawan, Sebagai Guru Penolong
  • SMK Bukit Merchu, Sebagai Guru Disiplin
  • SMK Raja Perempuan Kelsom, Sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
  • SMK Raja Perempuan Kelsom, Sebagai Penolong Kanan
  • SMK Sayong, Sebagai Pengetua
  • SMK Tun Perak, juga sebagai seorang Pengetua.




Dari Meja Pengarang

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Syukur kehadrat Allah SWT..
akhirnya, terbina juga lah blog untuk sekolah yang saya cintai..
kepada sesiapa yang mempunyai latar belakang atau dalam erti kata lain
pernah menuntut di SMK Tun Perak, Padang Rengas, sila maklumkan pada sy..
harap anda dapat membantu sy dalam melaksanakan blog ini dengan lebih maju...

Sekian.